BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Morfologi


Kata Terbitan
Dari segi istilah, kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipkan, akhiran atau apitan (Tatabahasa Dewan, 1993:48). Secara mudahnya, kata terbitan ialah kata yang berasal daripada kata tunggal yang telah mengalami proses penambahan. Dengan kata lain, kata terbitan ialah kata yang menggunakan imbuhan. Contohnya pada kata membeli, kata ini mengandungi awalan mem- dan kata dasar beli. Gabungan antara kata dasar beli dan imbuhan mem- menghasilkan kata terbitan membeli.
   Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar. Hal ini bermakna bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata dasar. Misalnya daripadaa kata dasar batas, kita dapat memberika pelbagai imbuhan pada kata tersebut seperti terbatas, berbataskan, membatas, membatasi, keterbatasan, dan juga pembatas.

Jenis imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan ini boleh sabagai imbuhan asli bahasa melayu ataupun bentuk imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing , seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris. Oleh sebab penggunaan imbuhan asing telah sebati dalam penggunaan bahasa sehari-hari, banyak antara kita tidak lagi mengetahui antara imbuhan asli daripada imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu. Antara contoh mbuhan asli bahasa Melayu ialah –an, -kan, -I, pe-, men-, se-, men-…-kan dan sebagainya.imbuhan pinjaman pula adalah seperti maha-, eka-, wan, -man, bi-, wi-, -iah, pro-, anti-, -isme, -si dan sebagainya. (Ahmad Khair Mohd Nor; Pembentukan kata dalam bahasa melayu, 2006).
Bahasa melayu merupakan antara bahasa moden di dunia yang kini turut berkembang pesat sebagai bahasa sains dan teknologi. Maka dengan itu beerti pembinaan kosa kata turut mengalami perubahan yang dinamik sama ada menggunakan unsure dalam bahasa Melayu dan rumpunnya atau menyerapkan unsure bahasa asing. Terdapat imbuhan lain yang diserap daripada unsure bahasa serumpun atau bahasa asing. (Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor: Tatabahasa Melayu, 2008).
Awalan/imbuhan tambahan
1.awalan            : juru-, maha-, pra-, tata-
2. akhiran           : -wan, -wati, -ah
3. sisipan            : -el-, -em-, -in-
Imbuhan awalan: juru-, maha-, pra-, tata.
1.      Imbuhan juru- bermaksud orang yang ahli atau mahir dalam sesuatu pekerjaan tertentu.
(a)    Juru- bergabung dengan kata kerja. Penulisannya tidak terpisah: juruterbang, jururawat, jurubina dan sebagainya.

2.      Imbuhan maha- bermaksud besar, tinggi dan juga agung.
(a)   Maha- dapat bergabung dengan kata nama atau kata sifat sebagai satu kata dan penulisannya bergabung menjadi: maharaja, mahaguru, mahasiswi
Imbuhan akhiran: -man, -wan, -wati, -ah
1.      Imbuhan –man bermaksud orang yang ahli dan pemilik sifat.
(a)    –man bergabung dengan kata sifat untuk mewujudkan maksud orang yang ahli. Penulisannya tidak terpisah.sebagai contohnya ialah: seniman.
(b)   –man menunjukkan makna pemilik sifat: budiman.
Imbuhan sisipan: -er-, -em-, -el-, dan-in-
Contoh perkataan: er + gigi = gerigi                  in + sambung = sinambung
                      el + tunjuk = telunjuk                  em + kilau = kemilau

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Ada awalan apabila bercantum dengan kata dasar tertentu mengakibatkan wujudnya pelbagai bentuk imbuhan awalan. Contohnya, awalan peN- mempunyai lima bentuk iaitu pe-, pe,-, pen-, peng-, dan juga penge-. Awalam meN- dapat menjadi.

Lambang N digunakan sebagai wakil pada huruf pertama dasar yang bercantum dengannya. Misalnya, awalan peN- dan meN- kekal apabila bertemu dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w, dan y. contohnya:
peN + lari = pelari                                              meN + layan = melayan
peN + malas = pemalas                          meN + makan = makan
peN + nama + penama                           meN + nanti = menanti
peN + nyanyi = penyanyi                                  meN + nyanyi = menyanyi.
peN + rampas = perampas                                 meN + rampas = merampas
peN + warna = pewarna                                    meN + wangi = mewangi
peN + yakin = peyakin                          meN + yakin = meyakini