BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Monday 25 April 2011

Diftong

Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang menyatakan bahawa dua vokal hadir di dalam konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Terdapat tiga diftong di dalam bahasa Melayu, ia itu [ au, oi, ai ].

Menurut Arbak Othman (1983), diftong adalah rentetan dua vokal yang mengandungi satu puncak kelantangan, yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu.

Raminah Hj. Sabran (1985) menyatakan diftong adalah gabungan dua bunyi vokal yang disebut secara berterusan (dalam satu hembusan) dan di dalam penghasilannya terdapat ciri geluncuran. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong di dalam bahas

Contoh soalan fonetik

1. Bidang fonetik, fonologi dan fonemik merupakan bidang kajian yang menyajikan deskripsi dan perbincangan yang saintifik tentang sistem dan fungsi bunyi-bunyi bahasa termasuk bunyi-bunyi bahasa Melayu.
Beri takrifan yang lebih khusus tentang istilah yang berikut;
(a) Bunyi bahasa
(b) Fonetik
(c) Fonologi
(d) Fonemik
2.Nyatakan EMPAT sifat bunyi vokal?
3.Nyatakan EMPAT fungsi intonasi.
4.Nyatakan prinsip-prinsip pengajaran fonologi.
5.Terdapat EMPAT unsur bahasa yang dinamakan unsur-unsur suprasegmental.
Berikan tafsiran anda tentang maksud suprasegmental dan bincangkan EMPAT unsur yang dinamakan suprasegmental.
6.Alat-alat artikulasi memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Kerosakan yang berlaku pada alat-alat artikulasi akan menjejaskan sebutan dan pertuturan seseorang.
Berikan contoh-contoh alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, kemukakan analisis tentang fungsi/kepentingannya.
(sumber:koleksi soalan fonetik)

Contoh soalan fonetik

1. Bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik.
Jelaskan perbezaan antara KEDUA-DUA bahagian tersebut.
2.Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa.
Nyatakan fungsi organ-organ di bawah dalam penghasilan bunyi bahasa.
(i) Bibir
(ii) Gigi
(iii) Gusi
(iv) Lelangit lembut
3. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu.
(a) Nyatakan KETIGA-TIGA jenis diftong tersebut dengan mengemukakan contoh kata yang sesuai untuk setiap jenis.
(b) Jelaskan konsep diftong dan perihalkan keadaan lidah sewaktu bunyi-bunyi tersebut diujarkan

Fungsi Alat Pertuturan

Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.


Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.