BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Fonetik Fonologi

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang akan berlaku adalah seperti di bawah.
Ø  Bibir dihamparkan
Ø  Depaan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi.
Ø  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
Ø  Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut
Ø  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i]
Ø  Contoh perkataan dalam bentuk transkripsi:

Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut berlaku;
·         Bibir dihampar separuh luas.
·         Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
·         Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
·         Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
·         Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [Ɛ] ( berdasarkan rajah di atas). Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan:

Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
Ø  Bibir dalam keadaan hambar.
Ø  Depan lidah di turunkan serendah mungkin.
Ø  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rangga hidung.
Ø  Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Ø  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hambar seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut:


KONSEP FONETIK

o Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanya dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan. Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain ataupun bunyi-bunyi yang selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi bahasa manusia, hatta bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia ataupun bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik. Ertinya bunyi-bunyi yang tidak digunakan dalam pertuturan manusia bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik dan bunyi-bunyi bahasa yang menjadi fokus ilmu fonetik hanyalah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan. Jadi, hal ini jikalau dihalusi bererti fonetik meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
oDi samping bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia itu, bidang fonetik juga meneliti penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Maknanya aspek penelitian fonetik ada tiga.  Penelitian yang pertama, iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia dalam berkomunikasi itu dikenali sebagai pengkajian fonetik artikulasi. Penelitian yang kedua ialah penelitian penyampaian bunyi bahasa, iaitu bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar itu dikenali sebagai pengkajian fonetik akustik. Manakala yang terakhir ialah penelitian penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, iaitu bagaimana nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya itu dikenali sebagai pengkajian fonetik auditori.


BIDANG FONETIK

Berbicara tentang bidang fonetik ini, beberapa orang linguis mempunyai pendapat yang sama tentang aspek kajian yang boleh dilakukan oleh ahli fonetik. Ada tiga aspek kajian, iaitu:
·         fonetik artikulasi (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi)
·         fonetik akustik (cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa)
·         fonetik auditori (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran sebagai persepsi bahasa)

FONETIK ARTIKULASI

oFonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala.
oArtikulator bahagian dada seperti  paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif.

ARTIKULATOR AKTIF

Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue -  laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. 

ARTIKULATOR PASIF

o   Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif  disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).
o   Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas,          bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna ‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

Fonem
 
Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Fonem juga merupakan unit yangbermakna  atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contoh kata yang menjelaskan fonem ini ialah perkataan palu. Kata ini terdiri daripada empat unit yang berbunyi iaitu p, a, l, u.  Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Sebagai contoh sekiranya p diganti dengan  m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu , p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan.
Contohnya, pasangan minimal, pedang dengan petang. Dalam pasangan minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang dikatakan hampir sama dengan perkataan petang namun hanya dibezakan dengan bunyi d dan t. Dalam konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t/.
Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.
Contoh yang seterusnya ialah pasangan minimal perkataan sayang dan wayang. Pasangan minimal sayang dan wayang ini dibezakan oleh fonem s dan w.  S dan w merupakan unit Yng terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Maka s dan w merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu, s dan w dikategorikan sebagai unit-unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Oleh yang demikian s dan w ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.
Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan diatas terdapat juga beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-unit terkecil yang membezakan makna ataupun dalam istilah bahasa melayu iaitu fonem. Contoh adalah seperti berikut :
I.            Barat
Karat
/b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza.
II.            Dalam
Talam
/d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza
III.            Cari
Jari
/c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza
IV.            Pakar
Bakar
/p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza
V.            Tulang
Dulang
/t/ dan /d/ merupakan fonem yang berbeza

Alofon
Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, kʷ dan ˀ. Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i).
Bunyi kʷ terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi ˀ terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kakaˀ. Dalam hal ini, alofon k, kʷ dan ˀ adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, kʷ, ˀ iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu tempat masing-masing dalam bahasa Melayu.
Selain daripada itu alofon juga boleh difahami ataupun didefinisikan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Maka dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh yang diberikan fonem p mempunyai dua alofon.
Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama.
Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u, i adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masing-masing yang membezakan makna iaitu baru, buru, biru. Oleh sebab itu vokal a, u dan i adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah bertaraf fonem, maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf alternasi bebas.



Cara-cara Penghasilan Konsonan

konsonan c



konsonan h 



konsonan j




konsonan k

konsonan l


konsonan m

konsonan n


konsonan r


konsonan t
konsonan y


konsonan z